Sunday 1 May 2011

ENJOYLAH KURA-KURA YANG TIDAK SETIA

Kura-Kura yang tidak setia
   Di sebuah hutan kecil yang berdekatan dengan sebatang sungai,tinggal keluarga kura –kura dan keluarga tupai.Mereka sahabat akrab.Suatu hari,isteri kura – kura jatuh sakit.Puaslah kura – kura membawa isterinya berubat tetapi tidak sumbuh,malahan berat badannya susut kerana tidak lalu makan.
   Menurut seekor kura – kura tua yang juga
Merupakan pawang,isteri kura – kura ermakan racunyang terdapat makanannya.Hanya satu ubat yang dapat menyembuhkan penyakitnya,iaitu hati tupai. Kura – kura  sangat terkejut .Pawang itu sebenarnya iri hati apabila melihat kura – kura bersahabat baikdengan tupai.Pawang menyuruh kura – kura mencari hati tupai dengan segera.Jika tidak.isterinya akan mati.                                      
   Tanpa berfikir panjang, kura – kura menuju ke rumah tupai. Kura – kura  mengajak tupai bersiar - siar  di sungai dengan sampan.Di tengah – tengah sungai, kura – kura bercerita tentang penyakit isterinya berserta penawamya.Tupai mencari helah untuk menyelamatkan dirinya.
   “Aduhai,kasihan saya mendengar nasib isterinya!Kalau begitu marilah kita pulang.Hati tertinggal di rumah,” kata tupai. 
   Sampai sahaja di tebing,tupai segera melompat lalu menghilangkan diri.Setelah setengah jam menunggu,kura – kura berasa hampa.Sedarlah dia bahawa dia telah ditipu.Dia menyesal kerana bertindak terburu – buru tetapi dia berasa lebih bersalah kerana tidak jujur terhadap sahabat baiknya. 

ENJOYLAH LOVE METRE


Love Test Meter - Love Tester

ENJOYLAH CHATTING PLACE

CLICK THIS BUTTON TO CHAT